We are having a baby girl

Saya, Muhamad Mukhlis bin Ahmad merupakan seorang pengajar elektronik yang masih berkhidmat di MARA-Japan Industrial Institute, sebuah institusi kemahiran di bawah kendalian Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.  (MJII Official Website).

Berkelulusan sarjana kejuruteraan (Electronics & System) dari Universiti Tenaga Nasional dan sarjana muda kejuruteraan (Electrical & Electronics) dari Universiti Teknologi Malaysia.  Saya mendapat pendidikan persekolahan di Maktab Rendah Sains MARA, PDRM dan Sekolah Kebangsaan Seberang Perak (P), Alor Setar Kedah.

Di bidang kemahiran pula, saya merupakan pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5) dan mendapat perakuan pakar pengajar (PAJAR) oleh JPK, KSM melalui penilaian pencapaian terdahulu hasil bergiat aktif dalam pertandingan kemahiran di dalam dan luar negara.

Selain daripada mengajar, saya juga merupakan Dealer Public Gold (PG Code : PG00123685) sebuah syarikat pengeluar emas fizikal terbaik di Malaysia. Bermulanya minat saya terhadap simpanan emas adalah apabila pada suatu ketika saya tercari-cari apakah bentuk simpanan yang terbaik yang perlu saya ada.  

Pengakhiran pencarian saya adalah apabila saya bertemu dengan emas, alat kewangan yang paling ampuh dari zaman dahulu.  Namun, pada hari ini terdapat pelbagai spekulasi tentang emas, dek kerana hilangnya sifat tanggungjawab pada sesetengah individu dalam mengejar kehendak sendiri hingga menyebabkan timbul pandangan skeptikal insan lain terhadap emas.

Untuk itu, selain berkongsi ilmu dan kemahiran elektronik,  saya juga berminat untuk mendalami ilmu tentang emas dengan lebih lanjut lagi.  Saya yakin ilmu elektronik ada dalam kitab Allah tapi tak pernah disebut sedangkan emas pula banyak kali disebut secara nyata oleh Allah s.w.t dalam kitabNya.  Pasti ada sesuatu yang menarik tentang emas. 

Mudah-mudahan dengan usaha saya ini  memberi manfaat kepada orang lain dan yang paling penting dapat memberi kehidupan yang lebih baik serta menjadi inspirasi kepada harta saya yang paling bernilai iaitu anak-anak saya.

 

Salam perkenalan, 

Mukhlis Ahmad, Dec 2017