We are having a baby girl

Ini adalah kaedah untuk buka akaun Gold Accumulation Program (GAP) dengan Public GOLD

PGGAP

 

 

 

 

 

 

 

 

#1 : TENTUKAN JUMLAH HARGA BELIAN

Semak harga GAP harian di sini. Pembelian minima untuk GAP adalah RM 100.

Cadangan saya anda buat pembelian untuk harga 1 gram bagi memudahkan pengiraan emas berbaki dalam akaun GAP anda dan juga pengeluaran emas fizikal.

 

#2 : BANK IN (BAYAR) KEPADA PUBLIC GOLD

Bank In duit ke salah satu akaun berikut atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” mengikut jumlah harga belian yang anda tentukan di langkah pertama tadi.

💰 5571-3923- 8048 (Maybank)

💰 3167-52-0833 (Public Bank)

Cadangan saya buat bayaran secara ONLINE BANKING (Immediate Transfer) atau ATM TRANSFER bagi memudahkan cetakan dan simpanan slip pembayaran. Bayaran melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) adalah tidak digalakkan khuatir jika slip pembayaran tidak dapat dicetak oleh mesin CDM akibat kehabisan resit.

Slip bayaran perlu disimpan (Ini adalah praktis biasa setiap kali urusan pemindahan wang atau bayaran bil) untuk rujukan masa depan.

 

#3 : MAKLUMKAN KEPADA PUBLIC GOLD

Hantar maklumat berikut melalui aplikasi Whatsapp ke 0174866916 (no. H/P Public Gold bahagian GAP) dan lampirkan sekali slip bayaran yang telah anda buat dalam langkah kedua tadi.

  1. Nama penuh:
  2. No. Kad Pengenalan:
  3. No. Telefon:
  4. Email:
  5. Jumlah Bank In:
  6. Tarikh Bank In:
  7. Masa Bank In:
  8. Introducer: PG00123685 Muhamad Mukhlis bin Ahmad

Jika anda tiada aplikasi Whatsapp, anda boleh email maklumat yang sama serta lampirkan slip bayaran ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan buat salinan (cc:) ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. ***Sebagai Peringatan: Respons melalui email kebiasaannya lebih perlahan.

 

#4: BUAT SEMAKAN GAP STATEMENT

Untuk makluman anda, proses pendaftaran oleh Public Gold adalah dalam tempoh 2 HARI BEKERJA. Pendaftaran anda selesai apabila anda menerima USERNAME (PG Code) untuk akaun anda dari Public Gold melalui email yang anda berikan di langkah ketiga tadi.

Setelah menerima USERNAME:

  1. LOGIN DISINI menggunakan username yang sama dan nombor kad pengenalan 12 digit anda sebagai password.
  2. Klik butang ikon MY GAP
  3. Klik butang ikon STATEMENT

***Sebagai Peringatan: Hubungi saya di talian 0132806517 (hanya jika anda letak saya sebagai introducer anda) sekiranya anda tidak menerima email USERNAME dari Public Gold selepas 2 Hari Bekerja.

 

TAHNIAH!!!!

Anda telah pun memulakan langkah pertama untuk memulakan simpanan emas anda. Dengan GAP, menyimpan emas menjadi lebih mudah dan lebih murah serta boleh dimulakan oleh semua golongan samada pekerja atau pelajar. Selesai sudah proses pendaftaran anda dan anda perlu sentiasa ingat langkah pertama selalunya memerlukan kesabaran untuk langkah kedua dan seterusnya yang lebih besar.