We are having a baby girl

Persoalan yang ini mudah nak jawab. Soalan macam ni kalau bab kahwin dan ditanya kepada yang single di musim perayaan memang sensatif terutamanya orang perempuan. Sebab jawapannya mudah dan semua orang dah tahu pun jawapannya tapi lagi mau tanyakan. Saya lagi suka tengok dari perspektif seorang lelaki untuk persoalan yang ini. Ye la anda lelaki anda dengan mudahnya boleh hantar rombongan meminang mana-mana perempuan yang anda suka. Tinggal lagi diterima atau tak je kan, Tapi kalau perempuan ni dah kalau takde yang masuk meminang nak kahwin macam mana ye dak. 

Tapi sebelum nak masuk meminang anak dara orang kita kenalah buat persiapan dulu ye dak. Maksudnya mudah bang, kena la ada duit nak beli cincin, nak beli hantaran nak bayar upah tukang karut nak bagi duit hantaran, duit mas kahwin dan yang paling penting duit untuk bina hidup baru selepas kahwin nanti. Dah siap sedia semua tu barulah boleh masuk meminang anak orang.

Macam tu juga dengan emas, bila masa yang sesuai nak beli emas adalah bila ada duit. Jika sekarang ada duit beli sekarang. Beli kuantiti kecil pun tak pe. Beli untuk simpan ni yang pentingnya adalah istiqamah. Kalau tunggu duit banyak baru nak beli jawabnya tak beli juga nanti. Kalau tunggu harga emas murah baru nak beli jawabnya tak beli juga nanti. Persoalannya bila yang harga emas murah? Hangpa tau? dan kalau masa harga emas yang hangpa kata murah tu wujud tapi masa tu hangpa takda duit pun tak boleh beli dan simpan emas juga ye dak.

Makanya, jawapan paling tepat adalah beli emas bila kita ada duit. Biar sikit dari tiada langsung.

Boleh faham kot no .... alhamdulillah!