We are having a baby girl

Sebelum baca artikel ni hangpa kena baca dulu artikel saya pasal Langkah Pertama Sebelum Bercinta Dengan Emas

Dah baca? Dah faham? Bagus. Jadi apa niat hangpa nak beli emas ni? Itu syarat pertama sebelum beli emas. Nak pakai? Nak labur? atau Nak Simpan? Standard saya simpan jela. Apapun, masing-masing dah pasang niat nak bercinta dengan emaskan, so kena la tahu ciri-ciri emas yang bagus untuk dicintai. Macam hangpa nak pilih pakwe/makwe dulu la kan. Ada hadith kata cari wanita yang ada agama dulu. Tapi ramai yang salah faham dan kata bila dah ada agama tak lawa pun takpa, takda harta pun takpa, asal keturunan tak baik pun tak apa . Tapi betul la tu kan. Dengan adanya agama mungkin kecantikan sebenar adalah dari dalaman wanita itu sendiri (tiba-tiba terbatuk terbahak-bahak), dengan agama akan membuatkan harta hangpa lebih diberkati dan melahirkan zuriat keturunan yang lebih baik.  

Tapi logik akal saya kata kalau ikut hadith tu, Nabi s.a.w pesan antara 4 ciri tu kena tengok agama dulu dan kalau ciri pertama ni tak ada, 3 ciri lain tu tak payah tengok dah. Tinggal terus ja. Maksudnya kat sini, nak pilih pasangan kena menilai dari sudut pakej lengkap. Bukankah lebih baik kalau bakal pasangan untuk dicintai tu ada kesemua ciri-ciri yang Nabi s.a.w sebutkan tu. Nah, begitu juga dengan emas, nak beli emas kena tengok kesemua ciri-ciri emas yang baik. Beli murah tak semestinya lebih bagus dari beli mahal.

Menurut mentor saya, emas yang sesuai untuk pelaburan (samada untuk simpanan atau 'melabur') hanyalah jongkong emas atau dinar emas. Keduanya wujud dengan ketulenan 995 dan ke atas. Tapi dalam market banyak emas yang berketulenan 999. Dan sejak GST diperkenalkan, hanya Emas dengan ketulenan 995 ke atas sahaja tidak dikenakan GST. Yang lain kena GST ye. Barang kemas atau emas perhiasan memang tak sesuai langsung untuk 'melabur' dan simpanan. Untuk pakai bagi nampak lawa (tang mana yang lawa pakai emas pun saya tak faham) boleh je. Baca artikel beliau tentang 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan. Atau boleh baca Tips Pemilihan Emas Untuk Pelaburan oleh Jusri Rahman, pun bagus juga. Apapun tips yang diberi, pokok pangkalnya terletak pada buah fikiran hangpa-hangpa diluar sana yang bijak, kacak, cantik lagi bergaya. 

Ringkasannya, ciri-ciri emas fizikal yang baik untuk pelaburan (simpanan dan 'melabur') adalah:

  1. Harga murah - siapa tak suka harga murahkan. Tapi macam mana yang dikatakan murah tu? Kena jadi dealer baru dapat harga murah ke? Tak juga, harga dealer PG sama saja dengan harga customer PG. Yang dikatakan murah adalah apabila harga jual oleh syarikat/kedai emas menghampiri kepada harga spot emas dunia. Untuk kefahaman lanjut baca artikel Harga Emas. Nak tau harga emas semasa tengok kat sini.
  2. Spread rendah - Benda ape pula spread ni. Mudah, pernah tukar duit di money changer? Masa nak tukar RM ke IDR misalnya, kita akan tengok harga jual betul tak? Kita pun berpusing-pusing tanya sana sini money changer mana yang harga jualnya paling rendah. Nah, yang ni dah cover dalam point pertama tadi. Kemudian bila nak tukar IDR ke RM semula kita pun berpusing-pusing lagi cari money changer dengan harga belinya lebih tinggi pula. Dah kenapa pula? Dah hilang akal kot. Alasannya supaya kita dapat untung hasil dari pertukaran tadi atau kalau rugi pun marginnya tak besar. Begitu juga dengan emas. Kalau kita beli dengan harga murah tapi bila nak jual balik dapat jual dengan harga lagi murah. Rugi besar kita. Formula spread = (Harga Jual - Harga Beli) / Harga Jual.
  3. Urusniaga Mudah - Mudah untuk jual dan mudah untuk beli. Mudah jual dulu baru mudah beli ye. Jangan masa nak beli cukup punya mudah. Depan toilet stesen minyak pun boleh tapi masa nak jual, kena travel 7 hari 7 malam pun belum tentu dapat jual. Untuk urusniaga PG sememangnya mudah dan selamat sebenarnya. PG sebolehnya nak serahkan emas pada tangan pembeli, bukan dealer. Nampak macam leceh ye dok. Tapi cuba hangpa fikir, kalau buat urusan pengeluaran dari akaun ASB pun hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan, walaupun RM 100 je. Kalau nak beli emas dengan PG kali pertama pun sama macam kita nak buka akaun ASB kena berurusan terus di kaunter. Dah ada akaun barulah transaksi selepas tu jadi mudah semudahnya. Cuma untuk PG pembelian pertama boleh buat secara online. Nah lagi mudah la sebenarnya berbanding buka akaun ASB ye dok. Nak mudah lagi, Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Hangpa boleh pilih mana-mana cawangan yang hangpa suka kalau nak ambil jongkong atau dinar hangpa tu.
  4. Syarat Jual Beli Tidak Cerewet - Yang ni maksudnya, masa hangpa beli emas tu keadaan dia comel lagi menggiurkan ye dok. Tapi masa hangpa nak jual dah jadi kusam. Ye la dah beranak pinak. Dari 10g boleh beranak jadi bergram-gramkan (maksudnya mungkin ada yang dok pajak tebus pajak tebus buat rolling modal meniaga) sampai hilang kemachoan emas tu. Ada setengah syarikat membeli dengan harga lebih rendah dari sepatutnya kalau hangpa nak jual kat depa juga. Oh lupa, hukum beli emas ni kalau nak untung lebih, atau tak rugi banyak, kat mana hangpa beli emas tu kat situ la hangpa jual balik. Mentor saya kata, PG tetap beli emas hangpa dengan harga sepatutnya walaupun emas tu cacat lagi tercela asalkan gramnya cukup sifat. Nak tau betul ka dak hangpa buat macam abg long Fendy, kerat emas hangpa jadi 2 lepas tu jual balik kat PG.
  5. Stok Tiada Had - Untuk pelabur tegar yang ni paling penting. Pelabur emas fizikal ye bukan 'emas kertas'. Ye la buatnya masa harga emas jatuh ke tanah tersembam kebumi lagi ditimpa tangga tercucuk duri tak mampu berdiri, masa tu pula la tiba-tiba syarikat tu kata "Stock Is Not Available". Nah, murah pun hangpa tak dapat nak beli. Ala emas ni kan barang komoditi, macam gula juga (perokok tegar boleh jadikan rokok sebagai contoh ye walaupun bukan barang komoditi) bila ada spekulasi harga nak naik je, cepat-cepat pekedai sorok gula supaya masa harga naik boleh la jual mahal ye dok. Tapi pekedai tu sendiri dah borong banyak-banyak masa harga murah. Untuk PG, mentor saya ada buat testimoni bukti stok PG tiada had. Tengok dekat link sama saya bagi kat atas tadi.
  6. Diterima di Ar Rahnu - Bagi yang tak tahu, arrahnu ni kedai pajak Islam ye, saja bagitahu pasal lepas 'main' dengan emas ni baru saya tahu arrahnu tu kedai pajak rupanya. Ye la, seumur hidup tak pernah jejak kedai pajak. Mana taknya, kesedaran tentang emas pun takde langsung. Boleh bilang dengan jari la berapa kali saya masuk kedai emas. Rupanya orang berniaga ni memang gunakan arrahnu ni untuk rolling modal bisnes. Dah kalau arrahnu tak terima macam mana nak rolling modal ye dok. Tapi kalau hangpa beli emas hangpa jangan terpedaya dengan teknik manipulasi arrahnu yang popular satu ketika dulu. Hangpa kena percaya satu ja, emas ni matawang ciptaan Allah, banyak disebut dalam Al-Quran dan salah satu daripada ganjaran untuk orang-orang yang beruntung dapat masuk syurga. Ganjaran lain dalam syurga apa? Wanita, ya emas juga macam wanita (ni sebelum geng-geng wanita nak blame saya hangpa kena faham skop wanita tu dulu). Emas dan wanita keduanya diciptakan cantik dan cukup indah untuk menggoncangkan iman dan menegakkan nafsu sang teruna. Namun keduanya tidaklah menjanjikan kebaikan jika sekiranya anda lalai dengan keduanya. Boleh menjerumuskan anda ke lembah maksiat. Dalam Quran ada disebut tentang 3 jenis berhala Latta, Uzza dan Manat iaitu Harta, Wanita dan Kuasa. Emas itu harta dan wanita adalah wanitalah kan. Cantik dan indah tapi bahaya.
  7. Bukan Emas Skim Pelaburan - Macam Skim Money Game 'Tok Belagak'. Hangpa baca artikel ni. Kalau macam akaun emas dekat bank tu bukan skim. Yang tu masalah utamanya adalah tak patuh syariah, itu je. Skim pelaburan ni biasanya hangpa memang melabur dengan emas fizikal tapi untuk hangpa pegang sat ja, lepas tu dia ambil balik bagi kat orang lain pegang pula. Lepas dia ambil balik hangpa dapat apa? Dapat la kertas (surat perjanjian). Emas fizikal tu ada tapi sikit je. Dia rolling emas yang sama untuk buat duit. Sampai je target kekayaan dia, tok belagak pun hilang. Hangpa jangan terkejut, kalau hangpa baca sejarah mata wang dunia, kita semua ni sebenarnya sedang bermain dengan skim tapi tak cepat kaya la cuma modus operandinya sama. Pasal tu la kena simpan emas fizikal di tangan sebab emas itu adalah pelindung kekayaan. Nilainya kekal merentasi zaman. Matawang ni sebenarnya boleh dikatakan menjadi faktor utama kepada terjadinya sejarah-sejarah dunia yang nampak macam hebat. Kalau hangpa nak tau, modus operandi skim tok belagak ni sebenarnya sama dengan sejarah kewujudan bank dan wang fiat (wang kertas yang ada dalam wallet hangpa tu). Hangpa tak percaya hangpa baca sendiri buku "Gold & Silver Saga". Jangan sampai satu hari nanti kita jadi macam seorang wanita Greece yang bakar duit kertas untuk panaskan badan sebab duit kertas lagi murah dari kayu api dan seorang perempuan Zimbabwe yang mencari serbuk emas di sungai untuk kelangsungan hidup. PG tiada ciri skim pelaburan, sebab PG tak menjanjikan apa-apa pendapatan melebihi 15%. Mentor saya pesan, dia kata, samada pakar kewangan Azizi Ali atau Robert Kiyosaki saya tak ingat, tapi antara 2 orang tu kata kalau ada pelaburan yang menjanjikan keuntungan lebih daripada 15% setahun itu adalah money game. Sila cepat-cepat masuk gear 5 lari laju-laju, kalau tak boleh lari, kuak lentang pun kuak lentanglah, jangan terlentang sudah. Mentor saya kata lagi, kalau dia pula, jangan kata 15%, lebih 10% pun dia dah lari jauh-jauh. INGAT! SIMPANAN EMAS ATAU PELABURAN EMAS YANG BETUL ITU ADALAH EMAS FIZIKAL DITANGAN KITA DAN MENJADI HAK MILIK KITA SEPENUHNYA. BELI MESTI DAPAT EMAS! JUAL BALIK MESTI DAPAT DUIT! Berbalik kepada pakwe/makwe yang dicintai tadi, takkan la hangpa nak bagi kat orang tolong jaga pula ye dok.

Boleh faham kot no ... alhamdulillah!