We are having a baby girl

Bab kepentingan ni yang saya susah nak terangkan. Tapi saya tahu penting untuk saya simpan emas. Bila sebut simpan ni sebenarnya saya kalau boleh tak nak usik langsung duit simpanan saya tu. Cadangnya kalau ada keperluan yang teramat-amat penting barulah saya akan keluarkan. Kisah saya menyimpan wang ni memang agak tragedi juga la. Selalunya separuh jalan, ataupun memang tak pernah sampai separuh pun. Sebelum saya mula simpanan emas, jumlah simpanan saya adalah sifar dan bertambah buruk lagi bila ada hutang kereta, hutang kad hutang dan lain-lain lagi.

Saya pernah menyimpan dalam akaun ASB satu ketika dahulu. Masa bulan ketiga selepas kerja yang pertama, saya buka akaun ASB dan mula menyimpan RM 200 setiap bulan hinggalah bulan ke lima. Masa bulan ke 5, hari ni saya masuk RM 200 dalam ASB esoknya ada kawan saya nak pinjam RM 800 untuk topup bayaran kereta vios dia yang baru keluar. Atas dasar kawan dan ketidakpintaran saya tentang pengurusan wang (baru 8 bulan kerja kot) saya pun keluarkanlah RM 800 dari akaun ASB saya dan bagi dia pinjam memandangkan dia berjanji akan bayar balik selepas 1 minggu.

Lepas 1 minggu, memang kawan saya bayar balik lump-sum duit RM 800 tu. Nah, datang la penyakit malas dan suka bertangguh, dari hari ke hari sudahnya saya tak masukkan balik pun duit tu dalam akaun ASB sebaliknya saya belanja. Nah, padan muka dan akhir sekali duit RM 200 tu pun saya keluarkan juga dan saya tinggalkan baki minimum sahaja sehinggalah ke hari ini. Buku ASBnya pun entah kemana. Sebenarnya masa tu saya ada seorang kawan kerja di CIMB tempat saya buka akaun ASB tu. Dia jugalah yang bukakan akaun ASB saya.

Kawan saya tu ada cerita pasal loan ASB, idea loan ASB masa tu adalah buat pinjaman dalam jumlah yang besar misalnya RM 50k and then fokus bayar bulan-bulan untuk tahun pertama sahaja, kemudian untuk tahun kedua dan seterusnya bayar pakai bonus dividen.  Buat macam tu untuk tahun-tahun berikutnya hinggalah hutang langsai. Dengan angkuhnya saya menolak, saya bagitau dia saya dah buat kiraan, menyimpan dengan nilai ansuran bulanan yang sama lebih tinggi pulangan yang saya dapat. Hahaha ... sudahnya habuk pun tak dak.

Kisah selanjutnya, lepas saya dapat taraf berpencen, saya dah boleh keluarkan duit dalam kwsp. Dapat dalam RM 20k kot masa tu. RM 2k saya ambil buat beli motor. Motor harga RM 4k tapi saya cuma bayar duit muka RM 2k sahaja dan selebihnya saya bayar ansuran RM 100 selama 2 tahun. Saya pun tak faham, mungkin kesedaran tentang menyimpan masih kurang waktu tu kot. Kalaulah saya bayar habis je RM 4k tu then saya simpan setiap bulan RM 100 saya dah dapat RM 2400 selepas 2 tahun.

Inilah kot yang dinamakan tabiat suka berhutang. Tapi alhamdulillah juga, walaupun berhutang saya jenis yang particular bab bayaran balik. Hingga hari ni 3 hingga 4 hutang saya dengan bank dah langsai. Bila hutang dah langsai, saya mula terfikir, takkanlah saya nak teruskan kehidupan dengan berhutang je sepanjang masa. Ahli keluarga dah semakin bertambah. Kereta pun dah semakin mengecil. Anak pun dah mula bersekolah. Jadi saya fikir saya nak buang tabiat berhutang ni dan mula menyimpan dalam masa yang sama saya nak tingkatkan jumlah simpanan.

Masalahnya apakah cara terbaik untuk saya menyimpan. Saya boleh je teruskan dengan mula balik simpanan ASB, tapi kalau difikirkan balik isteri saya sudah ada akaun ASB, lebih baik saya simpan dalam akaun dia je. Masalah saya dengan simpanan wang ni adalah bila dah banyak sikit je mulalah datang penyakit 'Tiba-Tiba' dan penyakit 'Tiba-Tiba' saya ni selalunya berkaitan dnegan permintaan-permintaan anak-anak saya yang tak pernah tidak saya tunaikan. Mungkin hangpa boleh kata saya manjakan anak. Tapi saya ada prinsip tersendiri dalam soal mendidik anak.

Proses pembelajaran saya tentang simpanan wang ni menemukan saya dengan pelaburan kepada aset fizikal. Ya, aset fizikal seperti rumah dan tanah. Memiliki aset fizikal dalam jangka masa yang panjang mampu memberi pulangan yang berbaloi-baloi. Tapi perkara ni pernah terlintas dalam fikiran saya suatu ketika dahulu. Ayat saya macam ni "kalau beli rumah jawabnya duduk rumah je la", sebab duit gaji habis bayar rumah bulan-bulan. Berbaloi memang berbaloi tapi saya fikir hidup kita ni haruslah 'fun' with various things to do. Pemikiran macam ni yang buat saya lambat beli rumah pertama. Hahaha.

So, rumah dah ada, tapi rumah ni aset beku. Kalau nak pakai duit saya kena jual dulu rumah saya tu dan saya takde niat pun nak jual. Duduk pun belum lagi. Jadi takkanlah saya nak beli rumah satu lagi.  Cari rumah kos rendah then sewakan. Pun susah juga nak cari rumah yang below market value. Silap haribulan saya kena topup pula duit untuk bayar rumah tu sebab kos sewa tak cukup nak tampung ansuran rumah tu. Berisiko juga. Dari nak tambah simpanan, cash flow saya boleh jadi negatif. Tapi kalau saya ada RM 500,000.00 sekarang ni memang saya beli rumah, cari apartment below than that value, bayar cash kemudian saya sewakan. Harga naik je about 30% saya terus jual rumah tu. Lepas jual cari dan beli lagi rumah harga RM 300k dan buat perkara yang sama. Moga Allah s.w.t lorongkan jalan yang mudah untuk saya.

So dengan takde modal ni memang tak dapat la nak beli rumah. Tapi saya terjumpa dengan potensi pelaburan emas ni. Baca punya baca saya pun mula faham, untuk melabur ni hanya orang-orang yang ada duit sahaja. Duit tu pula bukan duit simpanan tapi duit lebihan. Apa-apa bentuk pelaburan pun sama, emas ke, saham ke waima hartanah sekalipun. Jadi saya ingatkan diri saya JANGAN MELABUR KALAU TAKDE DUIT! Lepas tu saya terfikir habis tu macam mana orang kaya boleh jadi kaya. Sebab pemerhatian saya tak semua orang kaya tu berniaga dan tak semua orang berniaga itu kaya. Kemudian tu saya terjumpa buku Wang Emas tulisan En. Mohd Zulkifli Shafie.

Dalam buku tu En. Zul ada tulis orang kaya ni boleh jadi kaya sebab dia menyimpan. Banyak simpanannya kayalah dia. Abg long Fendy dalam seminar emas dia yang saya hadir pun cakap benda yang sama. Kalau nak kaya hendak atau tidak kena menyimpan. Dan perkara paling penting sekali dalam proses menyimpan ni adalah bagaimana kita nak lindungi simpanan kita tu. Lindungi dari apa? Dari diri sendiri yang mudah 'terbelanja' kepada benda-benda yang tak patut, dari inflasi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik juga lindungi simpanan dari kemerosotan nilai. Maksudnya kalau dulu kita simpan RM 100, Rm 100 tahun 1998 boleh belanja dapat 1 troli dekat supermarket. 2018 ni dapat la satu bakul kot. 2028 nanti macammana pula? Mungkin satu plastik je.

Pengajaran yang saya dapat adalah, simpan wang itu perlu tapi dalam masa yang sama harus juga buat simpanan ke atas benda lain yang mampu melindungi simpanan kita. Apa benda lain yang mampu lindungi simpanan kita? Jawapan yang saya jumpa adalah emas. Ya emas adalah matawang kuno yang paling ampuh dalam potensi menyimpan nilainya. 1 dinar kalau zaman Nabi s.a.w dulu beratnya 4.25 gram dan 1 dinar sekarang juga masih 4.25 gram. 1 dinar dulu boleh beli seekor kambing dan 1 dinar hari ini juga boleh beli seekor kambigng.

Dari situ saya terus nekad untuk buat simpanan emas. Macam saya tulis tadi, kena juga simpan wang selain emas. Maka untuk itu perlu buat pembahagian simpanan. Mungkin 10%  emas dan 90% wang. Formula nak menyimpan ni mengikut kata En. Zul mudah je. Semua orang biasa dengar pun. Dapat gaji tarik sejumlah wang dulu dan simpan. Bakinya barulah dibelanjakan untuk bayar hutang ke, beli keperluan dapur ke dan sebagainya. Simpan emas tak boleh kaya pun kalau harini kita beli 10 gram emas dan selepas 10 tahun simpanan emas kita tetap 10 gram. Untuk kaya kita perlu konsisten menyimpan. Tambah berat simpanan emas kita sekurang-kurangnya 1 gram sebulan pun jadilah.

Pagi tadi saya ada terbaca di FB, saya tak pasti tulisan siapa, orang makan gaji ni cuma boleh menyimpan sebulan sekali, tapi orang berniaga ni boleh menyimpan tiap-tiap hari. Nah .... lengkap sudah pencarian saya. Bukan berniaga yang boleh menyebabkan kita kaya, tapi untuk kaya kita perlu menyimpan. Berniaga hanya satu proses untuk mempercepatkan peningkatan jumlah simpanan kita. Patutlah dikatakan 9/10 dari punca rezeki itu adalah dengan berniaga.

Maka secara ringkasnya kelebihan menyimpan emas ini adalah:

  1. EMAS SENTIASA BERHARGA
  2. EMAS DITERIMA SELURUH DUNIA
  3. EMAS PENYIMPAN NILAI
  4. EMAS INSURANS HARTA DAN HIDUP
  5. EMAS PENGELAK KEBOCORAN WANG
  6. EMAS ADA NILAI INTRINSIK
  7. EMAS MENGEKAL KEKAYAAN
  8. EMAS HARGANYA LEBIH STABIL
  9. EMAS KALIS INFLASI
  10. EMAS BOLEH DIPAJAK
  11. EMAS PELABURAN JANGKA SEDERHANA DAN PANJANG
  12. EMAS ASET FIZIKAL MUDAH CAIR
  13. EMAS MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA
  14. EMAS BOLEH DIWARISKAN TANPA PERLU PERTUKARAN DOKUMEN, MAHKAMAH MAHUPUN CAMPURTANGAN PIHAK KETIGA
  15. EMAS BOLEH DINIAGAKAN
  16. EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
  17. EMAS BOLEH DIJADIKAN MODAL PUSINGAN BERNIAGA
  18. EMAS MENUTUP NAFSU BERBELANJA
  19. EMAS MENGEKALKAN KUASA BELINYA

Banyak lagi kepentingan menyimpan emas ni. Tapi saya tertarik nak ulas kepentingan nombor 4 tu, iaitu emas sebagai insurans harta dan hidup. Bila kita sebut pasal insurans ni kita sebenarnya cuba bersedia sehabis baik untuk elakkan perkara yang dilindungi insurans itu dari berlaku. Pernah tak terbayang kalau satu hari nanti kita disytiharkan bankrap/muflis. Kesannya kalau muflis ni akaun bank dinyahaktifkan, semua aset kena rampas, rumah, tanah dan kereta kecuali emas! Siapa yang rampas? Jabatan Insolvensi yang rampas untuk urustadbir harta-harta kita untuk bayar hutang-hutang kita yang menyebabkan kita muflis tu. Bila muflis, kita nak berniaga pun tak boleh, pakai kad hutang pun maksimum RM1000 saja, kalau nak loan bank pun RM 1000 juga maksimum dan macam-macam lagilah kesukaran disytihar muflis ni. 

Banyak sebab kita boleh muflis, dan masa nilah emas mainkan peranannya. Emas adalah satu-satunya aset kita yang tidak dirampas. Nak rampas macam mana nya kalau berapa banyak kita simpan pun Jabatan Insolvensi tak tahu. Nah masa ni la kita jual emas-emas kita tu buat modal meniaga nasi lemak ke, burger ke untuk teruskan kelangsungan hidup. Selain dari muflis, pernah terfikir tak kalau kita meninggal dunia macam mana dengan nasib ahli keluarga yang lain jika kita ni adalah tempat mereka bergantung hidup. Ini antara satu faktor kenapa hanya isteri saya ada akaun simpanan ASB, mudah jika apa-apa berlaku pada saya, isteri takdelah terus hilang punca. Dan kalau berlaku sebaliknya dengan angkuh saya kata "takpe saya lelaki boleh cari duit sendiri". Sila gelak sambil berguling.

Emas ni kalau ada dalam simpanan sendiri dengan syarat pasangan kita tahu di mana kita simpan emas kita tu amat membantu bila berlaku situasi macam diatas. Mungkin tak sampai meninggal dunia tapi cuba bayangkan kalau kita terlibat kemalangan dan koma kemudian memerlukan perbelanjaan beribu ringgit untuk pembedahan. Mana pasangan kita nak cari duit kalau dia tak tau mana kita simpan emas kita tu ye dak. Selain dari tu pernah terfikir tak kalau tiba-tiba negara kita ni ada krisis contohnya peperangan ke macam zaman atuk nenek kita tu. Masa tu mungkin kita ni jadi pelarian lari ke negara-negara jiran. Mananya nak bawa rumah dan tanah kalau dah namanya pun lari. Kalau ada duit dalam bank pun masa tuh dah tak sempat nak keluarkan dah, bank pun dah tak beroperasi.. Yang boleh kita buat adalah lari dengan emas-emas dalam simpanan kita tu. Boleh guna semula untuk bina hidup ditempat baru. Perkara ni pernah berlaku pada pelarian-pelarian Vietnam masa perang. Maka secara dasarnya, ya emas mampu melindungi harta dan hidup kita. Dan dah nama pun insurans, kita pun kalau boleh taknak semua perkara buruk berlaku pada diri kita kan. Nauzubillah ....

Boleh faham kot no .... alhamdulillah!