We are having a baby girl

Artikel ini saya fikir amat penting sebagai salah satu langkah awal untuk membunuh pandangan skeptikal kita tentang emas. Banyak perkara sebenarnya yang boleh dilakukan dengan emas, tergantung atas niat kita membeli emas. Pandangan skeptikal yang paling kurang atau boleh saya katakan hampir tiada adalah emas sebagai perhiasan. Kenapa? Sebab, nak dapat emas perhiasan ni mudah. Bawa duit then pergi kedai emas yang bersepah wujud disetiap pekan dan bandar, dari yang ternama hinggalah tak ternama. Paling popular kek kuala pilah nun (1 hari nanti saya pasti sampai).  Masuk kedai emas tu, then pilih-pilih yang berkenan hingga hati berbunga-bunga kalau tak dapat tidur malam tak lena tu, kemudian bayar dan ambil bawa balik.  Hujung tahun bila masuk musim orang bina masjid serlum kat tengkuk, kat tangan, kat kaki masing-masing.

Paling tinggi pandangan skeptikal pula adalah emas sebagai pelaburan.  Hari tu saya ada jumpa kawan wife saya merangkap agen insuran anak-anak kami nak pass dokumen claim insurans.  Lepas borak macam-macam then tiba-tiba dia tanya "Kau meniaga apa sekarang" membuatkan saya terpinga-pinga.  Bila pula sepanjang perkenalan kami yang saya ni berniaga.  Lagi satu saya tak habaq kat sapa-sapa lagi pun masa tu kata saya ni dealer emas public gold.  Rupanya itu alat mula dia nak sembang pasal bisnes dia.  Tapi lepas dia tanya saya terus jawab "Aku jual emas sekarang", terus dia buka cerita pasal dia pernah kena tipu dengan kawan baik sendiri pula tu dekat RM 30000.  Banyak tu weh.

Modus operandinya mudah, kawan kepada kawan wife saya tu dok lobi suruh dia melabur dengan syarikat apa saya tak tau and dia pun tak sebut, then dia dijanjikan kalau labur RM 30k boleh dapat income bulan-bulan RM 2000.  Menarik tu, siapa tak nak ye dok.  Dari minggu hingga bulan hinggalah tahun, satu habuk pun tak ada.  Tapi menurut kawan wife saya tu dia sempat selamatkan RM 15k, so Rm 15k je la hangus.  Apapun hangus juga kan.  Lepas daripada hari tu baru saya war-warkan especially medium FB bagi orang tau yang saya la ni jadi dealer emas Public Gold.  Marketing hancus tak apa yang penting objektifnya tercapai iaitu kenalan saya tau status saya dengan emas. Buktinya, hari ni adik ipar saya bertandang ke rumah saya, mula-mula tu sebelum dia sampai, saya ada juga terniat nak cerita dekat dia pasal emas. Benda baik, dengan adik beradik sendiri elok la kongsikan.  Bukan nak suruh beli sebab saya ni dealer.  Dealer Public Gold ingat untung besar ke? PG bagi komisyen 1% je hang tau dak.  Untuk saya kalau ada orang beli emas PG melalui saya alhamdulillah.  Kalau tak ada pun tak apa sebab objektif utama saya hanyalah nak tahu apa-apa informasi dari PG lebih awal.

Sambung cerita, lepas salam kami pun duduk makan dekat meja dan ayat mula sembang pertama dia adalah "Abang main emas ke sekarang ni?" dan dengan pantas saya menjawab "Eh, mana ada, beli emas ada la".  Then dia sambung " Beli takpa, dulu ada kawan pernah main emas kena tipu ... bla ... bla (tak ingat skrip da)".  Bila dia cakap macam tu je terus saya bunuh niat saya nak story telling pasal emas kat dia.  Sebab apa? Mindset dia masa tu adalah "BAHAYA BERMAIN DENGAN EMAS".  Cakap lah macam mana baik sekalipun emas tu otak dia akan susah nak terima.  InshaAllah satu hari nanti saya akan cerita juga kat dia.  Moral of the story adalah, pertama objektif marketing hancus saya di FB berjaya dan kedua, cerita yang sama, berhati-hati dengan emas pelaburan.  Pasal berhati-hati ni sebenarnya hanya betul untuk orang yang sesuai melabur.  Kalau yang dah tak sesuai melabur tu pi melabur juga memang kalau tak banyak sikit pun akan rasa rugi.

Kata mentor emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie (http://www.mohdzulkifli.com/), melabur ni sebenarnya untuk orang yang ada duit lebih.  Duit lebih ni maksudnya duit tu kalau tak ada pun dia steady je.  Dari tak buat apa-apa dengan duit tu gunalah untuk pelaburan.  Paling mudah melabur dalam ASB.  Ini tak, ada yang korek duit simpanan buat melabur emas, ada yang sampai buat pinjaman bank dan paling teruk pinjam dengan Uncle Ah Long semata-mata nak melabur dengan emas. Prinsip saya tentang perolehan pendapatan selepas beberapa kali hampir terjebak dengan bisnes MLM adalah nak buat duit ni bukannya semudah memercikkan air liur.  

Makanya untuk yang ada duit lebih dan berniat untuk melabur dengan emas saya sarankan baca artikel abg long Fendy ni >> Tapisan Keselamatan Sebelum Menyimpan & Melabur Emas.  Mentor saya cakap abg long Fendy ni adalah orang paling skeptikal dengan emas dan Public Gold.  Dia memang buat kajian pasal pelaburan emas ni sampai ambil masa setahun setengah sebelum pembelian pertama.  Ada sampai satu tahap dia potong gold bar 1g dia semata-mata nak uji ketulenan emas tu. Dan akhirnya dia adalah speaker pertama seminar emas Public Gold yang saya hadir. 

Ringkasannya sebelum beli dan melabur dengan mana-mana syarikat,

  1. Pastikan syarikat tu tak di blacklist oleh Bank Negara Malaysia, boleh tengok kat sini >> Consumer Alert & Updates BNM (EN) atau Consumer Alert & Updates BNM (BM)
  2. Emas yang syarikat tu jual ada setiap ciri-ciri dalam pakej emas terbaik. 
  3. Syarikat bereputasi tinggi, ada partner dengan syarikat GLC misalnya, well establish dan sebagainya ikut teori masing-masing
  4. Ada sijil patuh syariah. Barulah berkat dan boleh tidur lena.

Dan yang saya pasti, Public Gold memenuhi keempat-empat tapisan abg long Fendy ni.  Kalau tak percaya, jangan susah hati, buat je sendiri kajian macam mana abg long Fendy buat.

Perkara ketiga yang boleh kita buat dengan emas ni la yang ramai orang tak tau atau kurang kesedaran dan yang ni jugalah saya nak tekankan iaitu emas sebagai simpanan.  Konsepnya macam pelaburan ASB, tapi hangpa tak sebut pun "bulan ni aku MELABUR dalam ASB RM 100" sebaliknya hangpa sebut "bulan ni aku SIMPAN dalam ASB RM 100".  Prosesnya hangpa ambil duit kemudian hangpa boh dalam ASB.  Katalah hangpa start simpan ASB bulan Januari 2017 dengan RM 100 dan konsisten setiap bulan hingga Disember 2017 hangpa rasa berapa hanpa untung bila dividen ASB tahun 2017 adalah 7.25%.  Jom saya tolong kira:

Simpanan ASB

Jumlahnya sama juga kalau hangpa simpan RM 147.13 setiap bulan dalam akaun bank biasa.  Bezanya simpan dalam ASB aliran tunai hangpa tiap2 bulan lebih RM 47.13 dengan syarat hangpa disiplin tak buat any withdrawal.  Kalau perkara ni (simpan dalam ASB dan lupakan) berterusan sampai la 10 ke 15 tahun misalnya, pasti duit hangpa pun banyak.  Anak masuk universiti pun hangpa tanggung sendiri ja. Masalahnya setiap kali depa umum dividen ASB bermulalah kisah seperti tiba-tiba otak menjadi tepu melihat pemandangan sama setiap hari lantas hangpa cepat-cepat booking hotel dan tiket kapal terbang untuk melancong ke Zimbabwe.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah 'tiba-tiba' setiap kali dapat dividen ASB tu, simpan juga sedikit duit simpanan hangpa dalam bentuk emas fizikal.  Beli 1g setiap bulan kemudian simpan dan lupakan.  Percayalah, kalau dah nama pun penyimpan emas, tabiat buruk yang baiknya adalah dia jadi sayang nak jual emas-emas tu.  Diperamnya lagi sampai dia sendiri tak tahu berat terkumpul emas-emas dalam simpanan dia.  Sedar-sedar je dah bertimbun.  Maksud saya disini, bukannya tukar semua duit simpanan hangpa jadi emas, sebaliknya buat pembahagian, katalah sebulan simpanan hangpa RM 300 maka ambil Rm 150 simpan macam biasa dalam ASB dan selebihnya beli emas fizikal. Tapi kalau hangpa tak ada masalah tiba-tiba tu lebih baik hangpa tukar simpanan hangpa semua jadi emas.  Depa kata, purata keuntungan simpan emas setahun lebih tinggi berbanding ASB/ Tabung Haji, yang ni jom hangpa dengan saya sekali sama-sama kaji.  Tapi saya congak nampak la jalan yang lurus tu.

Kesimpulannya, sebelum nak bercinta dengan emas, langkah pertamanya adalah hangpa kena tau dulu, hangpa nak buat apa dengan emas hangpa tu, nak berhias ke, nak melabur ke, atau nak simpan?  Kalau saya, setakat ni cuma nak simpan dan bantu orang lain sama-sama menyimpan je dulu, Kalau nak melabur nanti kenalah study pasal analisis harga emas pula.

Boleh faham kot no ... Alhamdulillah