We are having a baby girl

Sebuah beg sarat berisi emas dan sebuah bongkah tanah liat. Pada bongkah itu tertulis kata-kata hikmah. Si Kalabab tua pun bertanya “Sekiranya kamu diberi pilihan, mana satu yang kamu pilih?”

Dalam kesuraman cahaya yang berkelip-kelip, kelihatan wajah yang perang akibat diselar mentari. Wajah itu bersinar dengan penuh minat.

“Emas!” 27 orang itu menjawab dengan serentak.

Si Kalabab tua tersenyum sinis. Sambil mengangkat tangan, beliau menyambung, “Dengarkan anjing-anjing liar di situ. Mereka menyalak dan meraung kelaparan. Beri mereka makan dan apa yang mereka lakukan? Mereka bergaduh dan mengigal, iaitu menegakkan dan mengembangkan ekor. Kemudian, bergaduh dan mengigal lagi tanpa memikirkan hari esok.”

“Begitu juga dengan manusia. Sekiranya mereka perlu memilih antara emas dan ilmu, apa yang mereka akan lakukan? Mereka abaikan ilmu dan bazirkan emas. Esok mereka akan menyalak kerana kehabisan emas. Emas dijadikan bagi mereka yang tahu undang-undang dan mematuhi undang-undang itu.”

Begitulah permulaan kepada Bab 6 : Lima Hukum Emas buku The Richest Man In Babylon tulisan George S. Clason. Si Kalabab tua memulakan kisah penceritaan bagaimana Arkad orang terkaya di Babylon memberikan sejumlah emas dan bongkah tanah liat bertulis kata-kata hikmah tentang undang-undang emas kepada anaknya Nomasir.

Arkad meminta anaknya Nomasir membawa kedua emas dan bongkah tanah liat itu dan berkelana selama 10 tahun sebelum kembali menghadap beliau. Nomasir perlu membuktikan beliau mampu memperolehi emas dan menjadi orang yang di hormati dikalangan manusia sebelum boleh mewarisi seluruh kekayaan ayahnya, Arkad.

Malang bagi Nomasir dalam tahun-tahun pertama pengembaraannya, emas yang di bawa telah langsung habis digunakan pada tempat yang tidak sepatutnya termasuklah ditipu dalam pelaburan yang menjanjikan beliau pulangan berlipat kali ganda tapi hasilnya hampa hingga beliau kehilangan kesemua emas pemberian ayahnya itu.

Setelah itu baru lah Nomasir teringat tentang wujudnya bongkah tanah liat tersebut yang dibawa bersama-sama emas tadi lalu beliau mula meneliti dan mengikuti undang-undang emas yang tertulis pada bongkah tanah liat tersebut. Dan hasilnya selepas 10 tahun, Nomasir mampu menghadap ayahnya, Arkad dengan memulangkan kembali semua emas yang diberikan oleh ayahnya beserta dengan banyak lagi hasil emas yang terkumpul sepanjang 10 tahun pengembaraan beliau.

Arkad akhirnya berpuas hati dengan pencapaian anaknya, Nomasir dan yakin anaknya itu telah benar-benar faham tentang ilmu emas dan mampu untuk menguruskan harta-hartanya sekiranya mewarisinya kelak.

Dapatan yang baik dari kisah Arkad dan anaknya Nomasir, ini jelas membuktikan bukan emas yang membuatkan kita kaya, sebaliknya ilmu tentang emaslah yang boleh mengekalkan emas di tangan dan membuatkan emas-emas itu bekerja untuk kita seterusnya menghasilkan lebih banyak emas lagi.

 

Apakah LIMA HUKUM EMAS yang Arkad berikan kepada anaknya Nomasir melalui bongkah-bongkah kayu itu?

LIMA HUKUM EMAS TERSEBUT ADALAH:

  1. Emas datang dengan mudah. Emas bertambah kepada sesiapa yang menyimpan tidak kurang satu persepuluh daripada pendapatannya bagi mencipta harta untuk diri dan keluarga.
  2. Emas dapat bekerja dengan gigih untuk pemilik bijak bagi mendapatkan pekerjaan menguntungkan, serta menggandakan emas sebanyak dan seluas padang.
  3. Emas berpegang pada pemilik yang berhati-hati melaburkannya atas nasihat orang yang bijak mengurus emas.
  4. Emas akan terlepas daripada orang yang melabur dalam perniagaan, ataupun tujuan yang mereka tidak biasa, ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang yang mahir menyimpan emas.
  5. Emas akan lesap daripada orang yang memaksa mendapatkan pendapatan di luar kemampuan, ataupun menurut nasihat penipu yang licik, ataupun menyerahkannya kepada nafsu, dan tidak berpengalaman dalam pelaburan.