We are having a baby girl

Dalam tutorial ni saya tunjukkan cara macam mana nak setup satu web apps untuk memudahkan individu lain hantar dokumen terus ke dalam Google Drive kita.

 

Kelebihannya adalah:

1. Setiap dokumen yang dihantar oleh individu yang berbeza akan terus masuk ke folder yang di cipta secara automatik di dalam Google Drive kita.

2. Tidak perlu lagi untuk kita manage (download satu per satu ke komputer peribadi) setiap dokumen jika penghantaran melalui email.

3. Mudah untuk kenal pasti individu penghantar.

 

Siapa yang sesuai menggunakan web apps ini?

Sesiapa sahaja yang ada keperluan untuk menerima dokumen dari individu yang ramai.

 

Caranya:

1. Buka link ini (http://bit.ly/googlescriptuploadfile)

2. Sign In guna gmail anda. (Google Drive dengan email ini akan digunakan)

3. File >> Make a Copy (Copy Google Script ini akan disave dalam Google Drive anda)

4. Tukar nama project.

5. Tukar nama folder (Folder ni akan di auto-generate dalam Google Drive anda)

6. Publish >> Deploy as web app.

7. Who has access to the app >>> Tukar kepada Anyone, Even anonymous.

8. Deploy >> Review permissions >> Sign In >> Allow

9. Copy Current web app URL << Ini adalah link untuk ke Web app yang baru kita create.

10. Berikan URL link ini kepada mana-mana individu yang nak hantar dokumen ke google drive kita.

Tips: Link ini panjang dan sukar untuk diingati. Gunakan laman web ini untuk pendekkan link tersebut dengan nama yang kita suka.

Selesai. Mudahkan.

 

Tak faham juga? Tengok Video Tutorial yang saya sediakan ini. Kualiti tak berapa baik tapi inshaAllah memadai untuk anda follow dan bina sendiri web apps anda.

Selamat Mencuba.

 

psstt...

Saya adalah Dealer Public Gold PG00123685, jika anda berminat nak mula menyimpan emas boleh hubungi saya.

Saya juga membuat dan menjual sticker. Ala sticker untuk budak2 sekolah tampal kat buku, pensil dsbnya tu. Nak buat sticker untuk product jualan anda pun boleh.

Hubungi je saya di 0132806517